14,954 kes baharu Sarawak mendahului

PUTRAJAYA 19 Sept. – Sarawak masih mengekalkan kedudukan teratas angka jangkitan Covid-19 di negara ini dengan merekodkan 2,707 kes berbanding 2,929 yang direkodkan semalam.

Selangor di kedudukan kedua dengan 2,028 meningkat sedikit berbanding semalam sebanyak 1,995 kes.

Lima negeri lain merekodkanlebih 1,000 kes, tiga negeri melebihi 500 kes, tiga negeri lebih 100 kes dan baki dua digit yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes seluruh negara sebanyak 14,954 berbanding 15,549 semalam.

Johor merekodkan 1,948 berbanding 2,208 semalam, Kelantan 1,420 (1,214), Sabah 1,356 (1,395), Pulau Pinang 1,259 (1,375) dan Perak 1,222 (1,120).

Kedah merekodkan 809 kes menunjukkan penurunan berbanding 1,073 semalam,

Pahang 705 (634), Terengganu 671 (755), Kuala Lumpur 383 (382), Melaka 207 (263), Negeri Sembilan 144 (131), Perlis 76 (33) dan Putrajaya 19 berbanding 31 kes semalam.

Sementara itu daripada keseluruhan kes jangkitan, sebanyak 14,302 kes adalah kes tempatan membabitkan 13,072 warganegara (91.4 peratus) dan 1,230 warga asing (8.6 peratus) manakala 43 kes adalah kes import (27 warganegara dan 16 (warga asing).

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 1,167 kes (906 kes Covid-19; 261 kes disyaki, berkemungkinan dan kes dalam siasatan) manakala 636 kes pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment