Satu kematian 103 kes baharu

BERAKAS 6 Sept. – Brunei Darussalam hari ini merekodkan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19, tiga kes import, 100 kes tempatan dan dua kluster baharu. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar memberitahu, kematian ke-14 itu melibatkan lelaki berusia 92 tahun yang mengalami jangkitan paru-paru selepas dijangkiti Covid-19. Katanya, sebanyak 103 kes baharu direkodkan hari ini termasuk tiga kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,567 kes. Bercakap pada Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalama, beliau juga memaklumkan mengenai dua kluster baharu yang menjadikan 54 kluster dikesan. Kluster 3274…

Read More

Jumlah kes sembuh atasi positif

PUTRAJAYA 7 Sept. – Kes sembuh Covid-19 hari ini merekodkan 18,902 kes menjadikan jumlah keseluruhan 1,609,930 sekaligus mengatasi jumlah kes positif yang direkodkan hari ini sebanyak 18,547 kes . Daripada jumlah kes positif hari ini, 18,529 kes tempatan melibatkan 16,264 warganegara dan 2,265 bukan warganegara manakala 18 kes import melibatkan tujuh warganegara dan 11 bukan warganegara. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata,jumlah kumulatif kes pula meningkat kepada 1,880,734 dengan kes aktif sebanyak 252,002 kes. Sebanyak 1,318 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang melibatkan 977 kes…

Read More

93 kematian sebelum tiba hospital

PUTRAJAYA 7 Sept. – Kementerian Kesihatan merekodkan 93 daripada 311 kematian yang dilaporkan hari ini adalah kes sebelum tiba di hospital (BID) yang melibatkan 68 warganegara dan 25 bukan warganegara. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan korban tertinggi iaitu 55 kes diikuti Johor (53 kes), Sabah (45 kes), Kedah (43 kes) dan Pulau Pinang 34 (kes). Manakala Perak mencatatkan 20 kes kematian diikuti Kelantan (14 kes), Terengganu (12 kes), Kuala Lumpur dan Melaka masing masing 10 kes. Sementara negeri Pahang dan Sarawak pula, masing masing merekodkan…

Read More

322 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 7 Sept. – Sebanyak 328 kes jangkitan tempatan Covid-19 dan empat kes import dilaporkan di Singapura hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dalam kalangan kes baharu itu, 91 kes berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikenakan kuarantin. Sebanyak 52 kes berhubung kait dengan kes-kes lalu dan dikesan menerusi pemantauan manakala 185 kes tidak terkait dengan kes-kes terdahulu. Empat warga emas berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin atau sudah menerima satu dos vaksin berisiko sakit teruk. Sementara itu, empat kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah…

Read More

Sarawak mendahului kes harian

PUTRAJAYA 7 Sept. – Sarawak buat hari kedua masih mendahului jumlah kes jangkitan Covid-19 dengan 3,200 kes ketika Selangor merekodkan jumlah kes di bawah 3,000 iaitu 2,407 berbanding 2,126 semalam. Bagaimanapun kes di Sarawak menunjukkan sedikit penurunan berbanding 3,714 semalam manakala kes peringkat kebangsaan pula 18,547 berbanding semalam sebanyak 17,352 kes . Secara keseluruhan lapan negeri merekodkan jumlah kes empat angka manakala Wilayah Persekutuan Labuan satu-satunya negeri/wilayah yang merekodkan angka satu digit iaitu empat kes berbanding lima semalam. Johor yang merekodkan 2,101 semalam menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 2,174, begitu juga…

Read More

18,012 kes 161 kematian di Filipina

MANILA 7 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 18,012 kes jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,121,308 kes. Setakat pukul 4 petang, DoH juga merekodkan kes sembuh mengatasi kes positif iaitu 18,945 yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,928,173 orang pesakit pulih atau 90.9 peratus daripada keseluruhan kes. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 161 orang meninggal dunia dan ini membawa kepada peningkatan kematian sebanyak 34,498 orang. Jumlah kes aktif pula 158,637 kurang sedikit berbanding 159,633 yang direkodkan semalam. Sementara itu, mengenai vaksinasi, setakat 5 September 2021, sebanyak 35,838,964 dos…

Read More

Thailand catat 13,821 kes baharu

BANGKOK 7 Sept. – Thailand merekodkan 13,821 kes baharu Covid-19 hari ini, hari kedua angka jangkitan di bawah 14,000 berbanding 13,988 semalam dan 15,452 pada 5 September lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,308,343 manakala 241 kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 13,283 orang meninggal dunia setakat ini. Terdapat 13,303 kes baharu dalam kalangan orang awam termasuk enam kes import dan 518 lagi dalam kalangan banduan. Bagi kes kematian, mereka yang meninggal dunia berumur antara 22 dan 100 tahun yang turut melibatkan lima warga Myanmar dan seorang…

Read More

16.1 juta lengkapi dua dos

PUTRAJAYA 7 Sept. – Setakat semalam, sebanyak 16,107,712 atau 68.8 peratus individu daripada populasi dewasa melengkapkan suntikan vaksin Covid-19. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sebanyak 20,677,827 individu atau 88.3 peratus sudah menerima satu dos vaksin, JKJAV memaklumkan sebanyak 313,751 dos vaksin Covid-19 membabitkan 132,640 dos pertama dan 181,111 dos lengkap diberikan semalam. Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu juga menunjukkan jumlah kumulatif pemberian dos vaksinasi kini sebanyak 36,745,313 dos. Sementara itu Johor merekodkan jumlah harian dos tertinggi dengan lebih 29,000 dos bagi…

Read More

Cuba suntik kanak-kanak 2 tahun

CUBA menjadi negara pertama di dunia memberi vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berusia dua tahun menggunakan vaksin yang dibangunkan tanpa pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dengan populasi penduduk mencecah 11.2 juta, negara itu sudah menyelesaikan ujian klinikal vaksin Abdala dan Soberana kepada kanak-kanak di bawah umur dengan matlamatnya memberi vaksin kepada 90 peratus penduduknya Suntikan dimulakan kepada penerima berusia 12 tahun ke atas dan pada Isnin, suntikan mula diberikan kepada kanak-kanak berumur 2-11 tahun di wilayah tengah Cienfuegos. Vaksin yang dibangunkan di Cuba itu bagaimanapun tidak menjalani ujian di peringkat antarabangsa tetapi…

Read More

Kanak-kanak Chile diberi Sinovac

SANTIAGO: Pihak Berkuasa Kesihatan Chile pada Isnin meluluskan penggunaan vaksin Sinovac untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas, negara Amerika Latin pertama yang melaksanakan program vaksinasi terhadap golongan itu. Menurut Pengarah Institut Kesihatan Awam, Heriberto Garcia, kelulusan itu dicapai melalui pengundian pakar yang menyaksikan lima memihak dan satu membantah. Kementerian Kesihatan akan memutuskan tarikh dan mekanisme untuk memulakan vaksinasi itu. “Kita sudah meluluskan penggunaan vaksin CoronaVac (vaksin yang dihasilkan oleh Sinovac) kepada kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas untuk melindungi mereka. “Jika kita melindungi kanak-kanak, kita juga akan melindungi warga…

Read More