18,012 kes 161 kematian di Filipina

MANILA 7 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 18,012 kes jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,121,308 kes.

Setakat pukul 4 petang, DoH juga merekodkan kes sembuh mengatasi kes positif iaitu 18,945 yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,928,173 orang pesakit pulih atau 90.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 161 orang meninggal dunia dan ini membawa kepada peningkatan kematian sebanyak 34,498 orang.

Jumlah kes aktif pula 158,637 kurang sedikit berbanding 159,633 yang direkodkan semalam.

Sementara itu, mengenai vaksinasi, setakat 5 September 2021, sebanyak 35,838,964 dos telah didaftarkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 15,033,354 individu telah melengkapkan dos dan 20,805,610 mendapat dos pertama.

Related posts

Leave a Comment