Cuba suntik kanak-kanak 2 tahun

CUBA menjadi negara pertama di dunia memberi vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berusia dua tahun menggunakan vaksin yang dibangunkan tanpa pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dengan populasi penduduk mencecah 11.2 juta, negara itu sudah menyelesaikan ujian klinikal vaksin Abdala dan Soberana kepada kanak-kanak di bawah umur dengan matlamatnya memberi vaksin kepada 90 peratus penduduknya

Suntikan dimulakan kepada penerima berusia 12 tahun ke atas dan pada Isnin, suntikan mula diberikan kepada kanak-kanak berumur 2-11 tahun di wilayah tengah Cienfuegos.

Vaksin yang dibangunkan di Cuba itu bagaimanapun tidak menjalani ujian di peringkat antarabangsa tetapi berdasarkan teknologi gabungan protein yang sama digunakan Novavax Amerika Syarikat dan Sanofi Perancis.

Negara yang terletak di Caribbean itu merancang untuk memberi suntikan kepada semua kanak-kanak sebelum pembukaan sekolah sejak Mac 2020.

Beberapa negara sebelum ini mengumumkan untuk memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berusia 12 tahun seperti China, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Venezuela.

Cuba juga turut berdepan kenaikan kes Covid-19, dengan jumlah 689,674 jangkitan dan 5,703 kematian.

Purata kira-kira 7,000 kes sehari direkodkan sejak tujuh hari yang lalu.

Related posts

Leave a Comment