16.1 juta lengkapi dua dos

PUTRAJAYA 7 Sept. – Setakat semalam, sebanyak 16,107,712 atau 68.8 peratus individu daripada populasi dewasa melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sebanyak 20,677,827 individu atau 88.3 peratus sudah menerima satu dos vaksin,

JKJAV memaklumkan sebanyak 313,751 dos vaksin Covid-19 membabitkan 132,640 dos pertama dan 181,111 dos lengkap diberikan semalam.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu juga menunjukkan jumlah kumulatif pemberian dos vaksinasi kini sebanyak 36,745,313 dos.

Sementara itu Johor merekodkan jumlah harian dos tertinggi dengan lebih 29,000 dos bagi dos pertama dan lebih 27,000 dos kedua.

Ini diikuti Sabah, dengan lebih 11,000 dos pertama manakala dos kedua pula melebihi 27,000 di samping catatan memberangsangkan oleh Kedah, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Related posts

Leave a Comment