Sarawak mendahului kes harian

PUTRAJAYA 7 Sept. – Sarawak buat hari kedua masih mendahului jumlah kes jangkitan Covid-19 dengan 3,200 kes ketika Selangor merekodkan jumlah kes di bawah 3,000 iaitu 2,407 berbanding 2,126 semalam.

Bagaimanapun kes di Sarawak menunjukkan sedikit penurunan berbanding 3,714 semalam manakala kes peringkat kebangsaan pula 18,547 berbanding semalam sebanyak 17,352 kes .

Secara keseluruhan lapan negeri merekodkan jumlah kes empat angka manakala Wilayah Persekutuan Labuan satu-satunya negeri/wilayah yang merekodkan angka satu digit iaitu empat kes berbanding lima semalam.

Johor yang merekodkan 2,101 semalam menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 2,174, begitu juga Sabah mencatatkan 2,107 kes berbanding 1,844 semalam.

Pulau Pinang juga menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 1,776 berbanding 1,558 semalam, Kedah 1,487 (1,599), Kelantan 1,458 (1,213) dan Perak 1,197 (1,082).

Pahang juga merekodkan pertambahan kes dengan 742 berbanding 463, Terengganu 645 (700), Kuala Lumpur 631 (398), Melaka 448 (295), Negeri Sembilan 229 (193), Wilayah Persekutuan Putrajaya 22 (23) dan Perlis 20 (38),

Related posts

Leave a Comment