322 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 7 Sept. – Sebanyak 328 kes jangkitan tempatan Covid-19 dan empat kes import dilaporkan di Singapura hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dalam kalangan kes baharu itu, 91 kes berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikenakan kuarantin.

Sebanyak 52 kes berhubung kait dengan kes-kes lalu dan dikesan menerusi pemantauan manakala 185 kes tidak terkait dengan kes-kes terdahulu.

Empat warga emas berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin atau sudah menerima satu dos vaksin berisiko sakit teruk.

Sementara itu, empat kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Dua daripada kes berkenaan dikesan sebaik tiba di Singapura manakala lagi dua mengalami jangkitan semasa menjalani SHN atau tempoh pengasingan.

Related posts

Leave a Comment