93 kematian sebelum tiba hospital

PUTRAJAYA 7 Sept. – Kementerian Kesihatan merekodkan 93 daripada 311 kematian yang dilaporkan hari ini adalah kes sebelum tiba di hospital (BID) yang melibatkan 68 warganegara dan 25 bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan korban tertinggi iaitu 55 kes diikuti Johor (53 kes), Sabah (45 kes), Kedah (43 kes) dan Pulau Pinang 34 (kes).

Manakala Perak mencatatkan 20 kes kematian diikuti Kelantan (14 kes), Terengganu (12 kes), Kuala Lumpur dan Melaka masing masing 10 kes.

Sementara negeri Pahang dan Sarawak pula, masing masing merekodkan lima kematian, Negeri Sembilan (3 kes) dan Perlis (dua kes).

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, negeri Johor mencatatkan kes BID tertinggi iaitu sebanyak 44 kes diikuti Sabah (34 kes) dan Kedah (21 kes).

Negeri Selangor pula mencatatkan 15 kes BID, manakala Pulau Pinang (enam kes), Perak (dua kes) dan masing-masing satu kes di Melaka dan Kuala Lumpur.

Related posts

Leave a Comment