Kesembuhan Indonesia atasi kes positif

JAKARTA 6 Sept. – Jumlah kes sembuh Covid-19 merekodkan 13,049 kes mengatasi kes positif yang dicatatkan hari ini sebanyak 4,413. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes sembuh adalah 3,850,689 manakala kumulatif positif Covid-19 sebanyak 4,133,433 kes. Kes pesakit meninggal dunia pula adalah 612 orang menjadikan jumlah keseluruhan 136,473 kematian manakala kes aktif pula sebanyak 146,271. Lima provinsi menambah pesakit sembuh tertinggi iaitu Jawa Barat 1.698, Sumatera Utara 1,375, Jawa Tengah 978, Jawa Timur 969 dan Jakarta 735. Bagi kes positif harian tertinggi, Jawa Tengah merekodkan 751 kes, diikuti Jawa Barat…

Read More

Kes rendah di Arab Saudi

RIYADH 6 Sept. – Arab Saudi masih mengekalkan jumlah kes harian Covid-19 di bawah paras 150 apabila merekodkan 124 kes baharu dengan jumlah kematian pula enam orang. Semalam, Arab Saudi merekodkan 120 kes dan hari sebelumnya 138. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 545,367 dan 8,585 meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 217 kes dilaporkan pulih menjadikan jumlah kumulatif 534,279. Riyadh merekodkan 37 kes harian diikuti Makkah 21 dan Tikur 12, Terdapat 2,503 kes aktif dan 689 dalam keadaan kritikal.

Read More

Satu kematian 135 kes baharu Brunei

BERAKAS 6 Sept. – Satu lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 13 orang sejak pandemik itu dilaporkan di Brunei Darussalam, kata Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar. Katanya, kematian melibatkan seorang wanita berumur 44 tahun yang mengalami masalah jangkitan paru-paru setelah dijangkiti Covid-19 Dr. Md. Isham pada Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam juga memaklumkan 135 kes baharu Covid-19 disahkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,464 orang. Katanya, satu kluster baharu juga dikesan iaitu Kluster Rimba Point yang membawa kepada 52…

Read More

Lima lagi lokaliti kena PKPD

PUTRAJAYA 6 Sept. – Sebanyak empat lokaliti di Sabah serta satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 8 September sehingga 21 September. Ketua Pengarah Keselamatan Negara Rodzi Md Saad dalam satu kenyataan berkata, kesemua kawasan terlibat di Sabah terdiri daripada Kota Belud melibatkan Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi. PKPD turut dikenakan di Kudat melibatkan lokaliti Kampung Mompilis, Matunggong, dan di Ranau melibatkan lokaliti Kampung Pahu Pinawantai. Sementara itu, bagi kawasan yang dikenakan PKPD di Lipis, Pahang pula melibatkan lokaliti di Kampung Dusun Pak Senam, Mukim…

Read More

Kes harian terendah Covid-19

PUTRAJAYA 6 Sept. – Malaysia merekodkan 17,352 kes harian Covid-19 hari ini, jumlah paling rendah dalam tempoh sebulan yang lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,862,187 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sepanjang 24 jam lalu, 272 kematian akibat Covid-19 direkodkan dan ini menjadikan jumlah kumulatif  18,491 kematian. Kes kematian melibatkan 227 warganegara, dan 45 bukan warganegara manakala 81 kes Brought In Death (BID) – kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital melibatkan 56 warganegara dan 25 bukan warganegara.…

Read More

Bukan kematian dalam 24 jam

KOTA KINABALU 6 Sept. – Kadar kematian harian akibat Covid-19 di Lembah Klang tidak merujuk kepada keadaan sebenar dalam tempoh 24 jam sebaliknya disebabkan data kes tertunggak atau ‘backlog’. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, data yang dikeluarkan setiap hari sejak kebelakangan ini adalah data yang dimasukkan selepas kemas kini dibuat. “Jumlah kematian yang kita laporkan setiap hari itu bukanlah jumlah kematian dalam tempoh 24 jam yang lepas. Terdapat banyak ‘backlog’ kes kematian… sebab kita perlu dapatkan pengesahan sama ada si mati betul-betul mati akibat COVID-19 atau tidak,” katanya. Beliau berkata,…

Read More

241 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 6 Sept. – Singapura melaporkan 235 lagi kes jangkitan tempatan Covid-19 dan enam kes import setakat pukul 12 tengah hari ini. Ini menjadikan jumlah kes harian 241 kes manakala jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 68,901. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), terdapat 110 kes tanpa hubung kait dengan kes-kes lalu,  91 kes terkait dengan kes-kes terdahulu dan sudahpun dikuarantin. dan 34 kes berkait dikesan melalui ujian pemantauan. Dalam kalangan kes baharu itu, enam berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin atau sudah menerima satu suntikan dos dan berisiko sakit teruk.…

Read More

Kes harian Sarawak atasi Selangor

PUTRAJAYA 6 Sept. – Sarawak akhirnya mengatasi Selangor merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 dengan mencatatkan 3,714 berbanding Selangor yang turun kepada 2,126 kes hari ini. Walaupun angka keseluruhan kes turun dari 20,396 kepada 17,352, lapan negeri masih merekodkan empat angka. Johor kini melepasi 150,000 kes apabila merekodkan 2,101 kes baharu berbanding 2,165 semalam menjadikan jumlah kumulatif negeri 151,459. Sabah merekodkan 1,844 kes baharu berbanding 2,136 semalam diikuti Kedah turut menunjukkan peningkatan walaupun sedikit iaitu 1,599 berbanding 1,587 semalam. Pulau Pinang merekodkan 1,558 kes berbanding 1,961 semalam manakala Kelantan juga menunjukkan…

Read More

22,415 kes harian tertinggi Filipina

MANILA 6 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 22,415 kes baharu Covid-19, kes harian tertinggi yang direkodkan setakat ini berbanding 22,366 yang dilaporkan pada 30 Ogos lalu. Ini menjadikan jumlah kes meningkat kepada 2,103,331 dengan kes aktif juga meningkat kepada 159,633. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 103 orang lagi meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 34,337 kematian. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 20,109 lagi pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah sembuh meningkat kepada 1,909,361 orang atau 90.8 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu,…

Read More

Kes harian turun di Thailand

BANGKOK 6 Sept. – Thailand mencatatkan penurunan kes dengan merekodkan 13,988 kes baharu Covid-19 dan 187 lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,294,522 kes dan 13,042 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 13,544 kes dalam kalangan orang awam dan 444 dalam kalangan banduan. Semalam, sebanyak 17,284 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 1,132,858. Sementara itu, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) memberi amaran jumlah kes dijangka meningkat sekiranya orang ramai leka dan mengambil mudah peraturan yang ditetapkan bagi mengelak penularan.…

Read More