Kes rendah di Arab Saudi

RIYADH 6 Sept. – Arab Saudi masih mengekalkan jumlah kes harian Covid-19 di bawah paras 150 apabila merekodkan 124 kes baharu dengan jumlah kematian pula enam orang.

Semalam, Arab Saudi merekodkan 120 kes dan hari sebelumnya 138.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 545,367 dan 8,585 meninggal dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 217 kes dilaporkan pulih menjadikan jumlah kumulatif 534,279.

Riyadh merekodkan 37 kes harian diikuti Makkah 21 dan Tikur 12,

Terdapat 2,503 kes aktif dan 689 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment