Kes harian turun di Thailand

BANGKOK 6 Sept. – Thailand mencatatkan penurunan kes dengan merekodkan 13,988 kes baharu Covid-19 dan 187 lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,294,522 kes dan 13,042 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 13,544 kes dalam kalangan orang awam dan 444 dalam kalangan banduan.

Semalam, sebanyak 17,284 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 1,132,858.

Sementara itu, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) memberi amaran jumlah kes dijangka meningkat sekiranya orang ramai leka dan mengambil mudah peraturan yang ditetapkan bagi mengelak penularan.

Kes baharu mungkin boleh mencecah 30,000 sehari bulan depan jika orang ramai mengambil mudah penjarakan sosial dan sebagainya.

Sejak Rabu lalu orang ramai kembali ke pusat beli belah dan restoran apabila beberapa sekatan ditarik balik.

Sementara itu, Bangkok terus mendahului jumlah kes dengan 3,660 dan 24 kematian.

Bagi kes import pula, 16 melibatkan kepulangan dari Kemboja dan satu kes dari Amerika Syarikat.

Related posts

Leave a Comment