Lima lagi lokaliti kena PKPD

PUTRAJAYA 6 Sept. – Sebanyak empat lokaliti di Sabah serta satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 8 September sehingga 21 September.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Rodzi Md Saad dalam satu kenyataan berkata, kesemua kawasan terlibat di Sabah terdiri daripada Kota Belud melibatkan Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi.

PKPD turut dikenakan di Kudat melibatkan lokaliti Kampung Mompilis, Matunggong, dan di Ranau melibatkan lokaliti Kampung Pahu Pinawantai.

Sementara itu, bagi kawasan yang dikenakan PKPD di Lipis, Pahang pula melibatkan lokaliti di Kampung Dusun Pak Senam, Mukim Ulu Jelai bagi tempoh yang sama.

Selain itu MKN turut memaklumkan lanjutan penguatkuasaan PKPD bagi kawasan di Tawau, Sabah melibatkan Kampung Tanjung Batu Tengah dan Papar bagi lokaliti Taman Limauan, Kinarut.

Kesemua pelaksanaan tersebut adalah berdasarkan nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas membuat penilaian risiko Covid-19.

Related posts

Leave a Comment