241 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 6 Sept. – Singapura melaporkan 235 lagi kes jangkitan tempatan Covid-19 dan enam kes import setakat pukul 12 tengah hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes harian 241 kes manakala jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 68,901.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), terdapat 110 kes tanpa hubung kait dengan kes-kes lalu,  91 kes terkait dengan kes-kes terdahulu dan sudahpun dikuarantin. dan 34 kes berkait dikesan melalui ujian pemantauan.

Dalam kalangan kes baharu itu, enam berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin atau sudah menerima satu suntikan dos dan berisiko sakit teruk.

Sementara itu, enam kes import telah menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di Singapura.

Related posts

Leave a Comment