23,134 kes harian Filipina

MANILA 18 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini mencatatkan 23,134 kes baharu Covid-19, angka harian kedua tertinggi selepas merekodkan 26,303 pada 11 September lalu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 2,347,550 dengan jumlah kes aktif pula meningkat kepada 184,088 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 255 lagi individu meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,583 kematian.

Di samping itu, DoH juga merekodkan 27,024 orang pesakit telah pulih dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 2,126,879 orang atau 90.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment