22,415 kes harian tertinggi Filipina

MANILA 6 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 22,415 kes baharu Covid-19, kes harian tertinggi yang direkodkan setakat ini berbanding 22,366 yang dilaporkan pada 30 Ogos lalu.

Ini menjadikan jumlah kes meningkat kepada 2,103,331 dengan kes aktif juga meningkat kepada 159,633.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 103 orang lagi meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 34,337 kematian.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 20,109 lagi pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah sembuh meningkat kepada 1,909,361 orang atau 90.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu, DoH menjangkakan pertambahan kes dalam beberapa hari lagi berikutan lapan makmal yang tidak menyerahkan data mengenai Sistem Repositori Dokumen COVID-19 (CDRS).

Berdasarkan data dalam 14 hari yang lalu, lapan makmal ini menyumbang kira-kira 2.3 peratus daripada semua sampel yang diuji dan 2.3 peratus daripada semua individu positif.

 

Related posts

Leave a Comment