Kesembuhan Indonesia atasi kes positif

JAKARTA 6 Sept. – Jumlah kes sembuh Covid-19 merekodkan 13,049 kes mengatasi kes positif yang dicatatkan hari ini sebanyak 4,413.

Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes sembuh adalah 3,850,689 manakala kumulatif positif Covid-19 sebanyak 4,133,433 kes.

Kes pesakit meninggal dunia pula adalah 612 orang menjadikan jumlah keseluruhan 136,473 kematian manakala kes aktif pula sebanyak 146,271.

Lima provinsi menambah pesakit sembuh tertinggi iaitu Jawa Barat 1.698, Sumatera Utara 1,375, Jawa Tengah 978, Jawa Timur 969 dan Jakarta 735.

Bagi kes positif harian tertinggi, Jawa Tengah merekodkan 751 kes, diikuti Jawa Barat 405, Jawa Timur 361, Jakarta 217 serta Bali 208.

Mengenai program vaksinasi, penerima dos pertama terus bertambah sebanyak 372,680 orang dengan jumlah keseluruhan melebihi 67.155.353 orang manakala penerima dos kedua sebanyak 38,472,091.

Penerima vaksin ketiga bertambah sebanyak 2.236 orang dan kumulatifnya sebanyak 715.296 orang.

Sementara itu sekatan Covid-19 di Indonesia akan dilonggarkan di lebih banyak bandar di Pulau Jawa yang paling padat dengan penduduk setelah jumlah jangkitan terus menunjukkan kemerosotan.

Menteri Kanan Kabinet Luhut Pandjaitan berkata,  pemerintah akan memanjangkan tempoh orang ramai dibenarkan makan di restoran kepada satu jam berbanding 30 minit sekarang di samping lebih banyak tempat daya tarikan juga akan dibuka.

Bagaimanapun , pulau perangingan Bali masih di bawah kategori ‘Tahap 4’ iaitu tahap paling ketat buat sekurang-kurangnya seminggu lagi. 

Related posts

Leave a Comment