264 kematian, 16,536 kes di Thailand

BANGKOK 29 Ogos – Thailand merekodkan 264 kematian dan 16,536 jangkitan harian hari ini, turun sedikit berbanding angka yang direkodkan semalam iaitu 292 kematian dan 17,984 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 11,143 orang dan 1,174,091 kes jangkitan. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 16,298 kes melibatkan orang awam (termasuk lapan kes import) dan 328 dalam kalangan banduan. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 20,927 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Angka ini mengatasi jumlah kes yang dilaporkan. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 melaporkan lebih separuh kematian direkodkan di…

Read More

133 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 29 Ogos – Sebanyak 124 kes tempatan Covid-19 dan sembilan kes import dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 67,304 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 21 daripada kes tempatan berhubung kait dengan kluster Bugis Junction. Daripada baki 103 kes, 37 berkait dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikenakan kuarantin, 32 kes berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan dikesan menerusi pemantauan dan 34 kes tidak berhubung kait pada masa ini. Dalam kalangan kes yang dilaporkan pada hari ini adalah seorang warga emas berusia 70 tahun ke…

Read More

Filipina lapor 18,528 kes baharu

MANILA 29 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 18,528 kes tambahan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,954,023. Setakat pukul 4 petang, kes sembuh meningkat kepada 1,777,693 kes berikutan 17,922 lagi pesakit dilaporkan sembuh. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 101 kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan mereka yang meninggal dunia meningkat kepada 33,109 orang. Kes aktif pula sebanyak 143,221 atau 7.3 peratus daripada keseluruhan kes. Menurut DoH, jumlah kes pada hari mendatang dijangka meningkat berikutan tujuh makmal tidak dapat mengemukakan data mengenai Sistem Repositori Dokumen Covid-19 (CDRS).

Read More

Selangor mendahului, Labuan dua kes

PUTRAJAYA 29 Ogos –  Semua negeri mencatatkan kes baharu Covid-19 dengan beberapa negeri menambah jumlah hari ini berbanding semalam dengan Selangor mendahului negeri lain sebanyak 4,591 kes sementara Labuan hanya dua. Bagaimanapun jumlah keseluruhan kes seluruh negara menunjukkan penurunan iaitu dari 22,597 semalam kepada 20,579 hari ini. Selangor merekodkan 4,591 kes berbanding 5,814 semalam diikuti Sabah 2,578 kurang sedikit jika dibandingkan dengan 2,834 kes semalam. Sarawak pula menunjukkan sedikit peningkatan dengan 2,522 berbanding 2,427 semalam, Johor 1,852 (1,896), Kedah 1,755 (2,162), Pulau Pinang 1,378 (1,920), Kelantan 1,316 (1,289) dan Perak…

Read More

80 peratus warga Singapura lengkapi dos

SINGAPURA 29 Ogos – Sebanyak 80 peratus penduduk Singapura sudah menerima suntikan lengkap dua dos vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung. Perkembangan ini katanya bermakna Singapura telah mengambil satu lagi langkah maju ke hadapan untuk menjadikannya lebih berdaya tahan terhadap Covid-19. Beliau dalam catatan di Facebooknya berkata ini adalah hasil usaha kolektif ramai orang yang bekerja di belakang tabir serta rakyat Singapura. Katanya, setiap minggu, 700 permohonan diterima bagi vaksinasi di rumah, dengan lebih 4,300 orang sudah menerima suntikan vaksin mereka. Bagi memenuhi permintaan yang meningkat, pasukan vaksinasi…

Read More

61.9 peratus lengkap dua dos

PUTRAJAYA 29 Ogos – Sebanyak 14,487,972 individu atau 61.9 peratus daripada penduduk dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), penerima dos pertama pula adalah sebanyak 82.2 peratus atau 19,236,772 orang. Dengan perkembangan ini, sebanyak 44.4 peratus daripada rakyat Malaysia sudah lengkap mendapatkan vaksin, sementara 58.9 peratus lagi sudah mendapatkan suntikan dos pertama. Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 33,724,744 dos. Semalam, jumlah pemberian vaksinasi harian adalah…

Read More

Tiada lagi tempahan solat di Singapura

SINGAPURA 29 Ogos – Mulai 1 September, jemaah tidak lagi perlu membuat tempahan untuk menunaikan solat harian secara berjemaah di masjid seluruh Singapura. Menurut Majlis Ugama Singapura (MUIS), jemaah boleh terus masuk ke masjid untuk menunaikan solat harian. Bagaimanapun MUIS dalam catatan Facebook semalam menjelaskan jemaah masih perlu mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat seperti yang ditetapkan. Ini memastikan menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan membawa alat solat peribadi sendiri seperti sejadah dan telekung. “MUIS mengucapkan penghargaan kepada para jemaah atas kerjasama dan kepatuhan mereka terhadap langkah-langkah pengurusan selamat,” kata MUIS.

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.01

PUTRAJAYA 29 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di Malaysia kekal 1.01 semalam yang juga menunjukkan trend menurun bagi purata dua minggu. Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan, didahului Sarawak dengan 1.25. Perlis mencatatkan 1.21, Sabah 1.16, Pulau Pinang 1.12, Johor 1.08, Kedah 1.05, Perak 1.05, Terengganu 1.05, Kelantan 1.04. Negeri dan Wilayah Persekutuan yang merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan adalah Pahang 0.99, Melaka 0.96, Selangor 0.96, Kuala Lumpur 0.83, Putrajaya 0.82 dan Negeri Sembilan 0.79. Labuan pula mencatatkan lima kes baharu. Nilai R-naught…

Read More