Kadar kebolehjangkitan 1.01

PUTRAJAYA 29 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di Malaysia kekal 1.01 semalam yang juga menunjukkan trend menurun bagi purata dua minggu.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan, didahului Sarawak dengan 1.25.

Perlis mencatatkan 1.21, Sabah 1.16, Pulau Pinang 1.12, Johor 1.08, Kedah 1.05, Perak 1.05, Terengganu 1.05, Kelantan 1.04.

Negeri dan Wilayah Persekutuan yang merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan adalah Pahang 0.99, Melaka 0.96, Selangor 0.96, Kuala Lumpur 0.83, Putrajaya 0.82 dan Negeri Sembilan 0.79.

Labuan pula mencatatkan lima kes baharu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment