PUTRAJAYA 29 Ogos – Semua negeri mencatatkan kes baharu Covid-19 dengan beberapa negeri menambah jumlah hari ini berbanding semalam dengan Selangor mendahului negeri lain sebanyak 4,591 kes sementara Labuan hanya dua.
Bagaimanapun jumlah keseluruhan kes seluruh negara menunjukkan penurunan iaitu dari 22,597 semalam kepada 20,579 hari ini.
Selangor merekodkan 4,591 kes berbanding 5,814 semalam diikuti Sabah 2,578 kurang sedikit jika dibandingkan dengan 2,834 kes semalam.
Sarawak pula menunjukkan sedikit peningkatan dengan 2,522 berbanding 2,427 semalam, Johor 1,852 (1,896), Kedah 1,755 (2,162), Pulau Pinang 1,378 (1,920), Kelantan 1,316 (1,289) dan Perak 1,208 (1,061).
Negeri yang merekodkan di bawah 1,000 kes adalah Pahang yang merekodkan peningkatan dari 579 kepada 839, Terengganu 789 (739), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 680 (1,111), Melaka 636 (269) dan Negeri Sembilan 329 (345).
Perlis menunjukkan penurunan kes dari 98 semalam kepada 56 manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan 48 kes, angka yang sama seperti semalam dan Labuan dari lima kes semalam kepada dua kes hari ini.