Tiada lagi tempahan solat di Singapura

SINGAPURA 29 Ogos – Mulai 1 September, jemaah tidak lagi perlu membuat tempahan untuk menunaikan solat harian secara berjemaah di masjid seluruh Singapura.

Menurut Majlis Ugama Singapura (MUIS), jemaah boleh terus masuk ke masjid untuk menunaikan solat harian.

Bagaimanapun MUIS dalam catatan Facebook semalam menjelaskan jemaah masih perlu mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat seperti yang ditetapkan.

Ini memastikan menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan membawa alat solat peribadi sendiri seperti sejadah dan telekung.

“MUIS mengucapkan penghargaan kepada para jemaah atas kerjasama dan kepatuhan mereka terhadap langkah-langkah pengurusan selamat,” kata MUIS.

Related posts

Leave a Comment