133 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 29 Ogos – Sebanyak 124 kes tempatan Covid-19 dan sembilan kes import dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 67,304 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 21 daripada kes tempatan berhubung kait dengan kluster Bugis Junction.

Daripada baki 103 kes, 37 berkait dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikenakan kuarantin, 32 kes berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan dikesan menerusi pemantauan dan 34 kes tidak berhubung kait pada masa ini.

Dalam kalangan kes yang dilaporkan pada hari ini adalah seorang warga emas berusia 70 tahun ke atas yang sudah menerima satu dos vaksin dan berisiko sakit teruk.

Sementara itu, sembilan kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Tiga kes dikesan semasa tiba di Singapura manakala enam lagi mengalami jangkitan semasa menjalani SHN atau tempoh pengasingan.

Related posts

Leave a Comment