Filipina lapor 18,528 kes baharu

MANILA 29 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 18,528 kes tambahan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,954,023.

Setakat pukul 4 petang, kes sembuh meningkat kepada 1,777,693 kes berikutan

17,922 lagi pesakit dilaporkan sembuh.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 101 kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan mereka yang meninggal dunia meningkat kepada 33,109 orang.

Kes aktif pula sebanyak 143,221 atau 7.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Menurut DoH, jumlah kes pada hari mendatang dijangka meningkat berikutan tujuh makmal tidak dapat mengemukakan data mengenai Sistem Repositori Dokumen Covid-19 (CDRS).

Related posts

Leave a Comment