14.8 juta 2 dos, 19.5 juta 1 dos

PUTRAJAYA 31 Ogos – Sebanyak 63.3 peratus atau 14,828,690 individu daripada jumlah penduduk dewasa negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam.

Pada masa yang sama, melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu sebanyak 83.6 peratus atau 19,560,239 individu telah mendapatkan dos pertama.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), bagi

keseluruhan rakyat Malaysia pula, sebanyak 45.4 peratus sudah lengkap divaksinasi, manakala 59.9 peratus lagi sudah mendapatkan suntikan dos pertama.

JKJAV juga menjelaskan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi PICK setakat semalam sebanyak 34,388,929 dos.

Labuan terus merekodkan kadar pemberian dos vaksin tertinggi dengan 93.5 peratus atau 64,048 orang daripada populasi dewasa sudah lengkap dua dos vaksin.

Ini diikuti Lembah Klang dengan 91.1 peratus (5,614,989 orang), Sarawak 86.8 peratus (1,773,015 orang), dan Negeri Sembilan 78.4 peratus (638,412 orang), Perlis 66.1 peratus (119,725 orang), Melaka 57.9 peratus (391,952 orang), manakala Pulau Pinang 55.7 peratus (762,053 orang).

Sementara itu, jumlah pemberian vaksinasi harian semalam menunjukkan sedikit peningkatan berbanding Ahad iaitu daripada 302,804 dos kepada 361,381.

Ia membabitkan 181,281 dos pertama dan 180,100 dos kedua.

Related posts

Leave a Comment