Kluster wad hospital mental

SINGAPURA 31 Ogos – Institut Kesihatan Mental (IMH), Singapura melaporkan satu kluster Covid-19 di dua wad yang terletak bersebelahan dengan merekodkan enam kes melibatkan dua kakitangan dan empat pesakit.

Dalam kenyataan media semalam, IMH menyatakan kes pertama, melibatkan seorang jururawat yang bertugas di kedua-dua wad tersebut dan disahkan positif pada 28 Ogos.

Lima kes lagi yang melibatkan seorang pegawai kesihatan dan empat pesakit dikesan melalui ujian pemantauan sepanjang hujung minggu lalu.

Menurut IMH, dua pekerjanya serta seorang daripada empat pesakit sudahpun lengkap divaksin manakala tiga lagi pesakit belum divaksin.

Berikutan itu, sebagai langkah berjaga-jaga, IMH melakukan pemeriksaan pemantauan ke atas semua kakitangan dan pesakit.

Related posts

Leave a Comment