Kes jangkitan harian turun

PUTRAJAYA 30 Ogos – Sebanyak 19,268 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, angka yang menunjukkan penurunan berbanding 20,579 kes yang direkodkan semalam..

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,725,357 sementara kes aktif pula 265,713.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 19,252 kes tempatan yang melibatkan 16,662 warganegara dan 2,590 bukan warganegara sementara 16 kes import melibatkan empat warganegara dan 12 bukan warganegara.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 399 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala sebanyak 18,869 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 14,664 kes (76.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sebanyak 295 kematian direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia kini ialah 16,382 orang.

Sebanyak 261 kematian melibatkan warganegara dan 34 bukan warganegara.

Daripada jumlah itu, 81 kematian dicatatkan di Selangor, 47 di Johor, 42 di Sabah, 36 di Kedah, 23 di Pulau Pinang, 13 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 12 di Perak, 11 di Terengganu, masing-masing tujuh kes di Pahang dan Kelantan, masing-masing lima kes di Negeri Sembilan, Sarawak, dan Melaka, serta satu kes.

Kes sembuh pula merekodkan angka memberangsangkan dengan 21,257 pesakit telah pulih, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih ialah 1,443,262..

Kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 1,033 dengan 476 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, kes sembuh pula merekodkan angka memberangsangkan dengan 21,257 pesakit telah pulih, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih ialah 1,443,262,

Related posts

Leave a Comment