Brunei catat 76 kes baharu

BANDAR SERI BEGAWAN 30 Ogos – Brunei Darussalam merekodkan 76 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,641.

Menteri Kesihatan,  Dr Md Isham Jaafar berkata, satu kluster baharu direkodkan dikenali sebagai Kluster 1848.

Kluster ini merekodkan 14 kes di mana empat kes baharu dikesan hari ini sementara yang lain dilaporkan sebelum ini sebagai kes tanpa diketahui sumber jangkitan.

Terdapat 27 kes tambahan yang dikaitkan dengan tujuh kluster yang masih aktif yang melibatkan mereka yang dikuarantin dan kontak kes yang disahkan.

Pada masa yang sama masih ada 45 kes yang masih dalam siasatan untuk mengenal pasti sumber jangkitan..

Sebanyak 111 kes dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 836 orang.

Ini bermakna terdapat 1,794 kes aktif di Brunei Darussalam dan dalam kalangan kes ini, tujuh dalam keadaan kritikal, di mana enam memerlukan bantuan pernafasan dan satu kes memerlukan bantuan mesin tambahan heart / lung machine (ECMO).

Sebanyak 33 kes lagi dalam kategori empat dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Related posts

Leave a Comment