Kes tempatan tertinggi di Singapura

SINGAPURA 30 Ogos – Kes jangkitan Covid-19 di  Singapura menunjukkan peningkatan apabila 147 kes tempatan baharu dan lapan kes import dilaporkan setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 67,459 kes.

Jumlah jangkitan dalam masyarakat dan bilangan kes Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi di Singapura sejak 22 Julai.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 52 kes tempatan tiada hubung kait, 53 kes terkait dengan kes-kes terdahulu dan sudahpun dikuarantin dan 42 lagi kes berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan.

Dalam kalangan kes baharu itu, seorang individu berusia 70 tahun ke atas belum divaksin sama sekali atau menerima satu suntikan dos dan berisiko mengalami penyakit serius.

Sementara itu semua lapan kes importl dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Semalam, dua lagi kluster dikenal pasti melibatkan kakitangan di Pusat Pertukaran Bas Boon Lay dan satu lagi di dormitori di 119 Neythal Road di Pioneer.

Terdapat 67 kluster aktif di Singapura dengan masing-masing mempunyai antara tiga dengan 1,155 jangkitan.

Related posts

Leave a Comment