MANILA 30 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 22,366 kes jangkitan Covid-19, angka tertinggi yang direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,976,202. Rekod tertinggi sebelum ini direkodkan pada Sabtu 28 Ogos lalu sebanyak 19,441 kes. Sebanyak 16,864 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 1,794,278 orang pulih atau 90.8 peratus daripada keseluruhan kes. DoH juga melaporkan sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 222 lagi meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 33,330 kematian manakala kes aktif pula sebanyak 148,594.
Read MoreMonth: August 2021
Semua negeri ada kes baharu
PUTRAJAYA 30 Ogos – Semua negeri merekodkan kes baharu Covid-19 dengan Selangor mendahului negeri-negeri lain sementara Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Johor menunjukkan peningkatan manakala Labuan yang kekal dengan dua kes. Lapan negeri mencatatkan kes empat angka dengan didahului Selangor yang merekodkan 3,567 kes, kali pertama di bawah 4,000 berbanding 4,591 semalam. Kali terakhir Selangor rekodkan kes bawah 4,000 adalah pada 7 Julai 2021. Empat negeri merekodkan lebih 2,000 kes didahului Sabah yang merekodkan 2,310 berbanding 2,578 semalam diikuti Johor 2,265 (1,852), Kedah 2,084 (1,755) dan Sarawak 2,028 (2,522). Pulau…
Read MoreThailand tunjuk penurunan kes
BANGKOK 30 Ogos – Thailand terus menunjukkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 apabila merekodkan 15,972 kes hari ini berbanding 16,536 semalam, 17,984 pada 28 Ogos dan 18,702 pada 27 Ogos. Pada masa yang sama, sebanyak 256 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 11,399 manakala jumlah kumulatif kes pula meningkat kepada 1,190,063. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 15,692 adalah berkaitan orang awam dan 280 lagi dalam kalangan banduan Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 79 kematian dilaporkan di Bangkok dan 61 lagi dari wilayah berhampiran iaitu…
Read MoreMaro …New Gomen
MAMAK CYBER New Gomen #COVID19
Read MoreMenteri, timbalan angkat sumpah
KUALA LUMPUR 30 Ogos – Seramai 31 menteri dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini. Turut hadir di Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Mereka diumum menganggotai saf pentadbiran kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Jumaat lalu, yang terdiri daripada 31 menteri termasuk empat menteri kanan serta 38 timbalan menteri. Perdana Menteri, yang dijadual hadir,…
Read More14,648,590 lengkap dua dos
PUTRAJAYA 30:Ogos – Sebanyak 62.6 peratus atau 14,648,590 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 manakala 82.8 peratus atau 19,389,392 orang adalah penerima dos pertama. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), setakat semalam jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 34,027,548 dos. Semalam, jumlah pemberian vaksinasi harian adalah sebanyak 302,804 dos membabitkan 142,186 dos pertama dan 160,618 dos kedua. Labuan terus merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 93.2 peratus atau 63,830 orang daripada populasi dewasa…
Read MoreTiada istilah hak istimewa kaum Cina
SINGAPURA 30 Ogos – Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan tiga bahasa sempena Rapat Umum Hari Kebangsaan menyentuh pelbagai isu termasuk berkaitan ekonomi, pekerjaan, kaum dan agama. Memulakan ucapannya dalam bahasa Melayu diikuti Mandarin pada sebelah petang, Lee menyambung ucapan dalam bahasa Inggeris pada sebelah malam yang berlangsung di Mediacorp. Ini adalah ucapan pertama Rapat Umum Hari Kebangsaan dalam dua tahun dunia diselubungi pandemik Covid-19. Beliau berterima kasih kepada rakyat yang memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan dalam menangani Covid-19 termasuk masyarakat Islam yang tidak dapat beribadah seperti biasa…
Read MoreBerita pilihan…
Singapura selangkah demi selangkah
SINGAPURA 30 Ogos – Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengingatkan bahawa kes jangkitan Covid-19 tidak mungkin merosot ke paras sifar sekalipun Singapura melaksanakan langkah-langkah sekatan bagi tempoh yang panjang. Katanya, dengan varian Delta yang lebih mudah berjangkit, Singapura perlu bersiap sedia menempuhi masa depan di mana virus itu akan menjadi endemik walaupun vaksinasi berhasil memperlahankan jangkitan dan penularan Covid-19. Beliau berkata walaupun jumlah kes koronavirus sudah meningkat pada minggu lalu, jumlah individu yang sakit kekal stabil. “Penting untuk kita mengekalkan paras ini, supaya kita dapat melonggarkan sekatan dan menghubungkan semula…
Read MoreSakaran Dandai meninggal dunia
KOTA KINABALU 30 Ogos – Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai disahkan meninggal dunia sekitar pukul 6 pagi ini. Perkhabaran itu disahkan anak ketiganya, Nasir Sakaran yang dimaklumkan oleh pihak hospital pada pukul 6 pagi. Jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan. Terdahulu, Allahyarham, 91 tahun, dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak 18 Ogos susulan dijangkiti Covid-19. Sakaran, berasal dari Semporna, berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-8 bermula 1 Januari 1995 hingga 31 Dis 2002. Allahyarham sebelum itu pernah menjadi Ketua…
Read More