Kadar kebolehjangkitan beralih ke 1.02

PUTRAJAYA 31 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini beralih kepada 1.02 semalam selepas tiga hari kekal pada  1.01.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Perlis yang mencatat kadar tertinggi, 1.22 berbanding sebelumnya 1.24.

Ini diikuti Sarawak 1.19 Sabah 1.12, Pulau Pinang 1.10, Johor 1.09, Perak 1.05, Kelantan 1.05, Kedah 1.05 dan Terengganu 1.03.

Enam negeri mencatat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.iaitu Pahang 1.01, Selangor 0.93, Melaka 0.90, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.88, Kuala Lumpur 0.83 dan Negeri Sembilan 0.82.

Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatat dua kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu. manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment