Tudung : Ada 7,000 wanita Muslim

SINGAPURA 30 Ogos – Kementerian Kesihatan (MoH) akan menyemak semula dasar bagi pakaian seragam dalam sektor jagaan kesihatan bagi membolehkan kakitangan dan jururawat wanita Muslim memakai tudung sebagai tambahan kepada seragam mereka, jika mereka mahu berbuat demikian. Dalam kenyataannya, dasar itu akan melibatkan lebih 7,000 wanita Muslim yang bertugas sebagai kakitangan beruniform dalam sektor penjagaan kesihatan. Sektor itu termasuk kumpulan penjagaan kesihatan awam iaitu SingHealth, National Healthcare Group (NHG) dan Sistem Kesihatan Universiti Nasional di samping Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Vanguard Healthcare dan Ministry of Health…

Read More

Kes harian Saudi turun kepada 208

RIYADH 30 Ogos – Arab Saudi terus mencatatkan penurunan kes jangkitan harian apabila merekodkan 208 kes baharu, hari ke empat berturut-turut jumlah kes harian berada di bawah angka 300. Menurut Kementerian Kesihatan, ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 544,004 kes manakala enam lagi meninggal dunia yang membawa kepada 8,532 kematian. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 393 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 532,126 pesakit pulih manakala kes aktif pula 3,346 dengan 952 dalam keadaan kritikal. Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 69 kes diikuti Makkah  36, daerah Timur 22, dan…

Read More

Kes sembuh atasi kes positif

JAKARTA  29 Ogos – Jumlah pesakit sembuh di Indonesia mengatasi kes jangkitan Covid-19 hari ini apabila 16,468 orang dilaporkan sembuh berbanding 7,427 kes jangkitan baharu yang direkodkan. Perkembangan ini menjadikan jumlah kesembuhan meningkat kepada 3,724,318 orang atau 91.4 peratus manakala kes positif 4,073,831 dengan kes aktif pula sebanyak 217,590. Disamping itu, pesakit yang meninggal juga juga meningkat apabila 551 lagi dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 131,923 orang. Lima provinsi yang merekodkan pesakit sembuh harian tertinggi adalah Jawa Timur 1,610 orang diikuti Jawa Barat 1,553, Jawa Tengah 1,267, Riau 1,140…

Read More

Brunei lapor 103 kes, satu kematian

BANDAR SERI BEGAWAN 29 Ogos – Brunei Darussalam merekodkan satu lagi kematian, yang kelapan akibat Covid-19 dan 103 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,565. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, wanita bersia 82 tahun itu disahkan positif pada 21 Ogos dan mengalami jangkitan paru-paru. Sebanyak 54 kes baharu di kaitkan dengan 11 kluster aktif. manakala 49 kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan. Bagi kes sembuh pula, sebanyak 61 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 725. Ini bermakna terdapat 1,829 kes aktif di…

Read More

Jururawat di Singapura boleh bertudung

SINGAPURA 29 Ogos – Setelah sekian lama berbincang, akhirnya Singapura membenarkan jururawat dalam sektor kesihatan awam memakai tudung dengan seragam mereka, jika mereka ingin berbuat demikian. Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, pemerintah memahami hasrat lebih ramai Muslimah untuk memakai tudung dan keputusan itu dibuat dengan teliti demi memastikan keharmonian kaum dan agama di Singapura kekal utuh. Lee mengumumkan demikian ketika sesi ucapan dalam bahasa Inggeris di Rapat Umum Hari Kebangsaan malam ini. Sebelum itu dalam ucapan bahasa Melayu pada sebelah petang, Lee ketika menyentuh isu itu tidak menyatakan secara…

Read More

Enam hari lepasi 20,000 kes

PUTRAJAYA 29 Ogos – Kes jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan hari ini iaitu 20,579 berbanding 22,597 semalam sekaligus merekodkan enam hari berturut-turut jumlah kes melepasi 20.000, sejak 24 Ogos lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan perkembangan ini jumlah kumulatif kes kini 1,706,089 dengan kes aktif 267,997. Tujuh kes import melibatkan empat warganegara dan tiga bukan warganegara manakala daripada 20,572 kes tempatan, sebanyak 17,106 warganegara dan 3,466 bukan warganegara. Daripada 20,579 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 455 kes (2.2 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan…

Read More

Bincang peralihan fasa di Lembah Klang

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Mesyuarat Kabinet dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 akan membincangkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Lembah Klang berikutan kadar vaksinasinya melebihi keperluan imuniti kelompok. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata dos pertama membabitkan 6,824,193 dos, iaitu bersamaan 110.7 peratus melebihi penduduk Kuala Lumpur dan dos kedua iaitu dos lengkap, seramai 5,518,094 iaitu 89.5 peratus sudah menerimanya. “Kalau sudah 89.5 peratus, mungkin boleh berpindah ke fasa seterusnya kerana dari segi vaksin sudah melebihi keperluan imuniti kelompok,” katanya selepas menyaksikan pemberian vaksin AstraZeneca dos kesejuta di…

Read More

2.2 peratus tidak daftar vaksinasi

PORT DICKSON 29 Ogos – Sebanyak 2.2 peratus daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam dikesan tidak mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 setakat 19 Ogos lepas. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata susulan itu pihaknya akan mengemukakan nama-nama berkenaan kepada ketua jabatan masing-masing bagi mengetahui isu sebenar untuk tindakan selanjutnya. “Kita akan sentiasa melihat dan cuba meningkatkan lagi peratusannya. Ini kerana bila mana lebih banyak sektor perkhidmatan dibuka, mereka kena hadir ke pejabat, …kehadiran ke pejabat wajib walaupun suntikan vaksin belum lagi diwajibkan setakat ini,” katanya.…

Read More

264 kematian, 16,536 kes di Thailand

BANGKOK 29 Ogos – Thailand merekodkan 264 kematian dan 16,536 jangkitan harian hari ini, turun sedikit berbanding angka yang direkodkan semalam iaitu 292 kematian dan 17,984 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 11,143 orang dan 1,174,091 kes jangkitan. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 16,298 kes melibatkan orang awam (termasuk lapan kes import) dan 328 dalam kalangan banduan. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 20,927 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Angka ini mengatasi jumlah kes yang dilaporkan. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 melaporkan lebih separuh kematian direkodkan di…

Read More

133 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 29 Ogos – Sebanyak 124 kes tempatan Covid-19 dan sembilan kes import dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 67,304 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 21 daripada kes tempatan berhubung kait dengan kluster Bugis Junction. Daripada baki 103 kes, 37 berkait dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikenakan kuarantin, 32 kes berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan dikesan menerusi pemantauan dan 34 kes tidak berhubung kait pada masa ini. Dalam kalangan kes yang dilaporkan pada hari ini adalah seorang warga emas berusia 70 tahun ke…

Read More