Kes harian Saudi turun kepada 208

RIYADH 30 Ogos – Arab Saudi terus mencatatkan penurunan kes jangkitan harian apabila merekodkan 208 kes baharu, hari ke empat berturut-turut jumlah kes harian berada di bawah angka 300.

Menurut Kementerian Kesihatan, ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 544,004 kes manakala enam lagi meninggal dunia yang membawa kepada 8,532 kematian.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 393 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 532,126 pesakit pulih manakala kes aktif pula 3,346 dengan 952 dalam keadaan kritikal.

Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 69 kes diikuti Makkah  36, daerah Timur 22, dan Qassim 15 .

Related posts

Leave a Comment