Kes sembuh atasi kes positif

JAKARTA  29 Ogos – Jumlah pesakit sembuh di Indonesia mengatasi kes jangkitan Covid-19 hari ini apabila 16,468 orang dilaporkan sembuh berbanding 7,427 kes jangkitan baharu yang direkodkan.

Perkembangan ini menjadikan jumlah kesembuhan meningkat kepada 3,724,318 orang atau 91.4 peratus manakala kes positif 4,073,831 dengan kes aktif pula sebanyak 217,590.

Disamping itu, pesakit yang meninggal juga juga meningkat apabila 551 lagi dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 131,923 orang.

Lima provinsi yang merekodkan pesakit sembuh harian tertinggi adalah Jawa Timur 1,610 orang diikuti Jawa Barat 1,553, Jawa Tengah 1,267, Riau 1,140 dan Sulawesi Selatan 1,041 orang.

Jawa Timur merekodkan 666 kes baharu diikuti Sumatera Utara 653, Jawa Barat 624, Jawa Tengah 517 serta DKI Jakarta 474 manakala kes aktif tertinggi di Jawa Tengah 25.959, Jawa Barat 24.802, Sumatera Utara 22.179, DI Yogyakarta 13.684 dan Jawa Timur 12.695.

Sementara itu Jawa Timur merekodkan 145 kematian, Jawa Tengah 39, Sumatera Utara 36  serta  Lampung 27 kes

Bagi program vaksinasi, penerima dos pertama hari ini sebanyak 432,418 orang dengan jumlahnya kini 61.654.676 orang manakala penerima vaksinasi kedua juga meningkat kepada 34.858.000 orang termasuk tambahan hari ini 155.179 orang.

Related posts

Leave a Comment