Brunei lapor 103 kes, satu kematian

BANDAR SERI BEGAWAN 29 Ogos – Brunei Darussalam merekodkan satu lagi kematian, yang kelapan akibat Covid-19 dan 103 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,565.

Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, wanita bersia 82 tahun itu disahkan positif pada 21 Ogos dan mengalami jangkitan paru-paru.

Sebanyak 54 kes baharu di kaitkan dengan 11 kluster aktif. manakala 49 kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 61 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 725.

Ini bermakna terdapat 1,829 kes aktif di Brunei Darussalam dan daripada jumlah itu, tujuh kes dalam keadaan kritikal di mana enam memerlukan bantuan pernafasan dan satu kes memerlukan bantuan mesin tambahan heart / lung machine (ECMO).

Sebanyak , 28 kes menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi.

Related posts

Leave a Comment