Indonesia sasar 100 juta dos akhir Ogos

JAKARTA 23 Ogos – Berbaki seminggu lagi, Presiden Joko Widodo meletakkan sasaran supaya vaksinasi Covid-19 bagi penduduk Indonesia ditingkatkan sehingga mencapai 100 juta dos pada akhir bulan ini. “Saya minta Menteri Kesihatan sampai akhir bulan Ogos ini kita harus mencapai penyuntikan lebih dari 100 juta dos vaksin,” kata Jokowi, dalam ucapan berkaitan perkembangan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) malam ini. Menurut Jokowi, ketika ini vaksinasi Covid-19 telah melebihi 90.59 juta dan mengikut data Kementerian Kesihatan, dos kedua mencapai 32.046.224 orang atau 15.39 peratus dari sasaran sementara, jumlah masyarakat yang sudah…

Read More

Arab Saudi catat penurunan kes

RIYADH 23 Ogos – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan dengan merekodkan 360 kes berbanding 384 semalam dan 409 pada 21 Ogos. Menurut Kementerian Kesihatan, sembilan kematian dilaporkan disebabkan komplikasi Covid-19, Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes di Arab Saudi meningkat kepada 542,354 dengan 8,490 kematian. Pada masa yang sama, seramai 741 orang dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 529,377. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 94 diikuti Makkah dengan 64 kes, dan Timur 39, dan Jazan 33 jangkitan. Terdapat 4,487 kes aktif dan 1,127 dalam keadaan kritikal.

Read More

Kluster aktiviti ziarah

PUTRAJAYA 23 Ogos – Kelantan terus mencatatkan pertambahan kluster dalam kalangan komuniti membabitkan aktiviti ziarah dan sosial, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, empat kluster terbaru di negeri berkenaan dikesan daripada aktiviti ziarah di beberapa daerah yang sudah menjangkiti 53 individu. Beliau berkata, empat kluster berkenaan adalah daripada keseluruhan 10 kluster dalam kalangan komuniti yang dikesan hari ini. Secara keseluruhan, terdapat 30 kluster yang dikesan oleh KKM termasuk 18 kluster tempat kerja serta dua dalam kalangan kumpulan berisiko. Dalam kenyataannya, beliau memberitahu di Kelantan, kluster pertama dikenali…

Read More

Kes sembuh atasi kes positif

PUTRAJAYA 23 Ogos – Kes jangkitan Covid-19 terus menunjukkan penurunan dengan 17,672 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 1,572,765 . Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lapan kes import melibatkan tujuh bukan warganegara dan satu warganegara manakala kes tempatan melibatkan 15,299 warganegara dan 2,365 bukan warganegara. Setakat pukul 12 tengah hari terdapat 19,053 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 1,297,723 kes. Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 8,231 kes berada dalam kategori satu atau tidak bergejala…

Read More

Singapura lapor 98 kes baharu

SINGAPURA 23 Ogos – Sebanyak 94 kes tempatan baharu Covid-19 dan empat kes import dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 66,576 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 59 kes berhubung kait dengan asrama pekerja North Coast Lodge di Woodlands dan dikesan menerusi operasi ujian yang dijalankan mulai 21 Ogos lalu. Ujian itu berikutan tiga penghuni asrama itu diuji positif Covid-19 pada 21 Ogos semasa Ujian Rutin Berjadual. Setakat ini, 2,200 pekerja sudah menjalani ujian swab manakala ujian untuk 3,200 penduduk masih dijalankan. Ketika ini semua penghuni…

Read More

104 kes baharu di Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 23 Ogos – Seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang menerima rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan selepas disahkan positif Covid-19 pada 22 Ogos lalu meninggal dunia hari ini. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, kematian kes 1379 itu adalah disebabkan masalah jantung dan tidak dikategorikan sebagai kematian akibat Covid-19. Bercakap pada sidang media situasi terkini Covid-19 Brunei Darussalam, beliau berkata, sebanyak 104 kes baharu Covid-19 direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,873 kes. Satu kluster baharu juga dikesan. Dr. Md Isham juga memaklumkan satu…

Read More

18,332 kes harian tertinggi Filipina

MANILA 23 Ogos — Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan kes jangkitan harian tertinggi hari ini apabila merekodkan 18,332 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,857,646. Rekod jangkitan harian tertinggi sebelum ini adalah 17,231 yang dicatatkan pada Jumaat lalu, 20 Ogos. Bagaimanapun jumlah kes tertinggi itu tidak termasuk laporan daripada tiga maklmal yang belum mengemukakan data berkaitan.. Menurut DoH, jumlah kes aktif ketika ini adalah 130,350 atau 7 peratus daripada keseluruhan kes Jumlah kematian pula hampir mencecah 32,000 orang apabila 151 lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah…

Read More

Penurunan kes di negeri

PUTRAJAYA 23 Ogos – Kebanyakan negeri merekodkan penurunan kes harian Covid-19 tetapi Selangor masih mendahului walaupun angkanya turun yang turut mempengaruhi jumlah kes seluruh negara hari ini sebanyak 17,672. Tujuh negeri merekodkan empat angka didahului Selangor yang merekodkan 4,316 berbanding 5,379 semalam, diikuti Sabah 2,474 (2,638), Kedah 1,602 (1,948), Sarawak 1,538 (1,772), Johor 1,367 (1,391), Pulau Pinang 1,451), dan Kelantan 1,176 (1,196). Tiga negeri merekodkan lebih 500 kes harian dengan Perqk 952 kes berbanding 703 semalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 891 (999 ) dan Pahang 506 (598). Terengganu merekodkan 470…

Read More

Berita negatif bantut usaha kerajaan

KOTA BHARU 23 Ogos – Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini menzahirkan rasa dukacita terhadap mereka yang menyebarkan berita negatif di platform media sosial sehingga membantutkan usaha kerajaan mengawal penularan wabak Covid-19. Sultan Muhammad V bertitah pada pengamatan baginda, pemberian suntikan vaksin adalah kaedah yang tepat dengan masa untuk langkah pencegahan bagi melindungi masyarakat daripada Covid-19 yang terus mengancam kehidupan. “Hentikanlah gerakan yang boleh mendatangkan banyak konflik, yang boleh menambahkan kesulitan dan kesusahan kehidupan. “Apa juga polemik dan konflik yang tercetus akan menjejaskan penumpuan kepada penyelesaian masalah pandemik dan…

Read More

Sultan Selangor sedih, dukacita

SHAH ALAM 23 Ogos – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bimbang dengan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara khususnya di Selangor dan berasa amat sedih serta dukacita melihat Selangor merekodkan jumlah pesakit dan kematian Covid-19 paling tinggi di Malaysia. “Beta tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak atas peningkatan kadar kematian dan jumlah pesakit Covid-19 ini,” titah baginda. Namun pada hemat baginda, peningkatan jumlah pesakit dan kematian akibat Covid-19 berlaku disebabkan kelalaian terhadap penguatkuasaan dan pematuhan SOP yang dikeluarkan KKM dan Majlis Keselamatan Negara. “Namun apakan daya, nasi sudah…

Read More