18,332 kes harian tertinggi Filipina

MANILA 23 Ogos — Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan kes jangkitan harian tertinggi hari ini apabila merekodkan 18,332 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,857,646.

Rekod jangkitan harian tertinggi sebelum ini adalah 17,231 yang dicatatkan pada Jumaat lalu, 20 Ogos.

Bagaimanapun jumlah kes tertinggi itu tidak termasuk laporan daripada tiga maklmal yang belum mengemukakan data berkaitan..

Menurut DoH, jumlah kes aktif ketika ini adalah 130,350 atau 7 peratus daripada keseluruhan kes

Jumlah kematian pula hampir mencecah 32,000 orang apabila 151 lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan  sebanyak 31,961.

Sementara itu, 13,794 pesakit dilaporkan sembuh daripada jangkitan yang menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,695,335 atau 91.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment