Indonesia sasar 100 juta dos akhir Ogos

JAKARTA 23 Ogos – Berbaki seminggu lagi, Presiden Joko Widodo meletakkan sasaran supaya vaksinasi Covid-19 bagi penduduk Indonesia ditingkatkan sehingga mencapai 100 juta dos pada akhir bulan ini.

“Saya minta Menteri Kesihatan sampai akhir bulan Ogos ini kita harus mencapai penyuntikan lebih dari 100 juta dos vaksin,” kata Jokowi, dalam ucapan berkaitan perkembangan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) malam ini.

Menurut Jokowi, ketika ini vaksinasi Covid-19 telah melebihi 90.59 juta dan mengikut data Kementerian Kesihatan, dos kedua mencapai 32.046.224 orang atau 15.39 peratus dari sasaran sementara, jumlah masyarakat yang sudah menerima vaksin dos pertama 57,779,716 orang.

Selain itu Jokowi mengatakan, ketika ini kes positif Covid-19 telah turun sebanyak 78 peratus sejak kemuncak kes pada 15 Julai lalu di samping angka kesembuhaan pesakit Covid-19 secara konsisten yang lebih tinggi dibandingkan penambahan kes positif sejak kebelakangan ini

Hari ini sebanyak 24.598 kes sembuh dilaporkan menjadikan 3.571.082 orang pulih manakala kes positif pula turun kepada 9,604 dan kumulatifnya 3,989,060 sementara kes aktif kurang sebanyak 15,996 menjadi 290,764 kes.

Berikutan perkembangan itu, Jokowi memutuskan tahap pelaksanaan PPKM diturunkan di beberapa daerah termasuk Jabodetabek, Bandung Raya, dan Surabaya Raya yang status tahap 4 diturunkan ke tahap 3 berkuatkuasa 24 Ogos hingga 30 Ogos.

Bagaimanapun beliau meminta rakyat supaya terus berwaspada dengan penularan wabak ini yang belum berakhir malahan di beberapa negara sedang berlaku gelombang ketiga dengan peningkatan kes.

Related posts

Leave a Comment