Penurunan kes di negeri

PUTRAJAYA 23 Ogos – Kebanyakan negeri merekodkan penurunan kes harian Covid-19 tetapi Selangor masih mendahului walaupun angkanya turun yang turut mempengaruhi jumlah kes seluruh negara hari ini sebanyak 17,672.

Tujuh negeri merekodkan empat angka didahului Selangor yang merekodkan 4,316 berbanding 5,379 semalam, diikuti Sabah 2,474 (2,638), Kedah 1,602 (1,948), Sarawak 1,538 (1,772), Johor 1,367 (1,391), Pulau Pinang 1,451), dan Kelantan 1,176 (1,196).

Tiga negeri merekodkan lebih 500 kes harian dengan Perqk 952 kes berbanding 703 semalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 891 (999 ) dan Pahang 506 (598).

Terengganu merekodkan 470 (534), Melaka 363 (558), Perlis 57 (54), Wilayah Persekutuan Putrajaya 24 (24) dan Wilayah Persekutuan Labuan 7 (4).

Related posts

Leave a Comment