Arab Saudi catat penurunan kes

RIYADH 23 Ogos – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan dengan merekodkan 360 kes berbanding 384 semalam dan 409 pada 21 Ogos.

Menurut Kementerian Kesihatan, sembilan kematian dilaporkan disebabkan komplikasi Covid-19,

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes di Arab Saudi meningkat kepada 542,354 dengan 8,490 kematian.

Pada masa yang sama, seramai 741 orang dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 529,377.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 94 diikuti Makkah dengan 64 kes, dan Timur 39, dan Jazan 33 jangkitan.

Terdapat 4,487 kes aktif dan 1,127 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment