Filipina catat kes lebih rendah

MANILA 16 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan kes harian Covid-19 yang lebih rendah hari ini di bawah 1,000 kes apabila merekodkan 849 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,819,341.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 2,393 pesakit yang sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,748,069 orang pulih.

Dalam tempoh yang sama jumlah kematian meningkat kepada 45,808 orang apabila 99 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Sebanyak 25,464 kes aktif dilaporkan berbanding 27,025 semalam.

Related posts

Leave a Comment