Singapura lapor 98 kes baharu

SINGAPURA 23 Ogos – Sebanyak 94 kes tempatan baharu Covid-19 dan empat kes import dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 66,576 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 59 kes berhubung kait dengan asrama pekerja North Coast Lodge di Woodlands dan dikesan menerusi operasi ujian yang dijalankan mulai 21 Ogos lalu.

Ujian itu berikutan tiga penghuni asrama itu diuji positif Covid-19 pada 21 Ogos semasa Ujian Rutin Berjadual.

Setakat ini, 2,200 pekerja sudah menjalani ujian swab manakala ujian untuk 3,200 penduduk masih dijalankan.

Ketika ini semua penghuni asrama itu dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan.

Menurut MoH sebahagian besar daripada kes jangkitan tidak mengalami simptom atau hanya simptom ringan.

Baki 16 kes berhubung kait dengan kes terdahulu dan sudah dikuarantin dan 19 kes tidak mempunyai sebarang hubung kait dengan kes sebelumnya.

Dua kes melibatkan warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksin atau menerima satu dos vaksin .

Sementara dua  kes import dikesan sebaik tiba di Singapura manakala dua lagi  semasa menjalani pengasingan.

Related posts

Leave a Comment