314 kes jangkitan baharu Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 22 Ogos – Brunei Darussalam sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi hari ini dengan 314 kes menjadikan jumlah keseluruhan 1,769, kata Menteri Kesihatan Dr. Mohammad Isham Jaafar. Pada masa yang sama jumlah itu termasuk enam kes import serta empat kluster baharu direkodkan. Bercakap pada sidang media situasi terkini jangkitan Covid-19, beliau menjelaskan jumlah kes hari ini termasuk 218 kes tertunggak manakala 96 kes lagi adalah hasil ujian yang direkodkan oleh Jabatan Perkhidmatan Makmal. Katanya kluster aktif terus merekodkan kes tambahan didahului 34 kes Kluster Chung Hua KB ; 21…

Read More

Filipina catat 16,044 kes baharu

MANILA 22 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 16,044 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,839,635. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 31,810 orang berikutan 215 lagi meninggal dunia. Menurut DoH, sebanyak 13,952 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 1,681,925 atau 91.4 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 125,900 atau 6.8 peratus.

Read More

Jumlah kes kini 1,555,093

PUTRAJAYA 22 Ogos – Kes jangkitan baharu Covid-19 menunjukan sedikit penurunan hari ini apabila 19,807 kes dilaporkan berbanding 22,262 semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,555,093 kes. Katanya, sebanyak 262,255 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini iaitu 1,026 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 496 kes daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata daripada kes baharu yang dikesan hari ini, 19,464 kes bersamaan 98.3 peratus adalah mereka…

Read More

Bekerja bersama keluarga Malaysia

PUTRAJAYA 22 Ogos – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengajak semua pihak bekerja dalam satu pasukan demi mengharmonikan semula suasana, dalam erti kata lain bersama mendakap erat prinsip kebersamaan. Katanya, kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan, termasuk mewujudkan kerjasama rentas parti kerana kemelut politik yang melanda negara menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat. Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong sudah menitahkan semua ketua parti politik melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat ketika sesi menghadap baru-baru ini. Justeru, beliau menawarkan ruang kepada kepemimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara…

Read More

BERSAMA KELUARGA MALAYSIA

Teks Ucapan Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Yaakobopoo Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada kita bagi memulakan langkah mencari jalan keluar daripada segala kekalutan pandemik, kegawatan ekonomi, dan kekusutan politik yang membelenggu negara sejak beberapa bulan lalu. 1. Izinkan saya menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, bersama seluruh perkenan…

Read More

Ada penurunan kes

PUTRAJAYA 22 Ogos – Beberapa negeri termasuk Selangor menunjukkan penurunan kes jangkitan harian hari ini yang turut mempengaruhi jumlah keseluruhan harian negara yang turun kepada 19,807 berbanding 22,262 semalam. Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan 5,379 kes berbanding 7,011 semalam manakala Sabah menduduki tempat kedua dengan 2,638 berbanding 2,651 semalam. Beberapa negeri terus menunjukkan peningkatan seperti Kedah merekodkan 1,948 berbanding 1,880 semalam, Sarawak 1,772 (1,964), Pulau Pinang 1,501 (1,459), Johor 1,391 (1,558) dan Kelantan 1,196 (1,039). Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merekodkan 1,220 semalam, hari ini mencatatkan 999 kes,…

Read More

35 kes jangkitan di Singapura

SINGAPURA 22 Ogos – Singapura melaporkan 29 kes jangkitan tempatan Covid -19 setakat 12 tengah hari ini di samping enam kes import menjadikan jumlah keseluruhan 66,478 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 17 kes tempatan yang direkodkan tanpa hubung kait, sembilan dikaitkan dengan kes lalu dan sudahpun dikuarantin serta tiga kes berhubung kait dikesan menerusi ujian pemantauan. Dalam kalangan kes baharu , seorang daripada mereka adalah pesakit berusia 70 tahun dan sudah menerima satu dos vaksin dan berisiko sakit teruk. Enam kes import dikenakan Notis Jagan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan…

Read More

KABINET JANGAN TERLALU ‘TERIKAT’

BERSABARLAH ! Tunggu sahaja pengumuman rasmi. Sejak Ismail Sabri Yaakob diumumkan sebagai Perdana Menteri (PM) dan kemudian mengangkat sumpah jawatan, pelbagai saranan dan tuntutan dikemukakan. Mungkin jika bukan orang politik, tidak sanggup mendengar dan membaca itu semua, tetapi bagi orang politik, semua itu perkara biasa, malahan ada yang telinga tebal, muka tebal atau masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Pelbagai cadangan muncul dari pelbagai sudut untuk memastikan Kabinet yang hanya berbaki dua tahun ini benar-benar dapat memulihkan ‘kerosakan’ yang berlaku. Menariknya sudah ada grafik Kabinet baharu. Begitulah keprihatinan rakyat yang…

Read More

New Zealand jangka kes meningkat

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memberi amaran penularan virus Covid-19 dijangka meningkat dalam tempoh beberapa hari lagi selepas 21 kes direkodkan di negara itu pada Sabtu. Pada masa yang sama, beliau meminta rakyat mematuhi peraturan sekatan dalam menghadapi jangkitan baharu dalam kalangan komuniti yang disahkan daripada varian Delta. Setakat ini sejumlah 51 kes baharu dikaitkan dengan penularan tempatan dan 18 daripadanya dikesan di bandar terbesar Auckland sementara tiga di Wellington. Ardern pada Jumaat mengumumkan lanjutan perintah sekatan hingga Selasa. Penularan jangkitan ini dikaitkan dengan pengembara dari Sydney. Negara…

Read More

Brunei lanjut tempoh kawalan

BANDAR SERI BEGAWAN 22 Ogos – Brunei Darussalam melanjutkan tempoh langkah-langkah pengawalan yang telah diperketatkan sehingga Sabtu, 4 September 2021. Menteri Kesihatan, Dr. Awang Md. Isham Jaafar berkata, keputusan itu bagi menjunjung titah perkenan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah dengan mengambil kira situasi jangkitan yang masih belum stabil. Pada 7 Ogos lalu, beliau mengumumkan langkah-langkah kawalan selama dua minggu sehingga 21 Ogos  berikutan pengesanan tujuh kes jangkitan tempatan. Dr. Md Isham juga meminta orang ramai sama-sama bersatu dalam mengawal penularan jangkitan Covid-19. Katanya, kerjasama semua pihak sangat-sangat diharapkan, khususnya bersabar…

Read More