35 kes jangkitan di Singapura

SINGAPURA 22 Ogos – Singapura melaporkan 29 kes jangkitan tempatan Covid -19 setakat 12 tengah hari ini di samping enam kes import menjadikan jumlah keseluruhan 66,478 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 17 kes tempatan yang direkodkan tanpa hubung kait, sembilan dikaitkan dengan kes lalu dan sudahpun dikuarantin serta

tiga kes berhubung kait dikesan menerusi ujian pemantauan.

Dalam kalangan kes baharu , seorang daripada mereka adalah pesakit berusia 70 tahun dan sudah menerima satu dos vaksin dan berisiko sakit teruk.

Enam kes import dikenakan Notis Jagan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Lima kes dikesan sejurus tiba di Singapura manakala seorang lagi sakit sewaktu menjalani SHN atau tempoh pengasingan.

Sementara itu terdapat satu kluster baharu yang dikaitkan dengan Kes 68646, dengan empat kes terkait dengan kluster tersebut secara keseluruhannya.

Buat masa ini, terdapat 76 kluster aktif di Singapura selepas dua kluster diisytihar bebas Covid-19.

Related posts

Leave a Comment