Ada penurunan kes

PUTRAJAYA 22 Ogos – Beberapa negeri termasuk Selangor menunjukkan penurunan kes jangkitan harian hari ini yang turut mempengaruhi jumlah keseluruhan harian negara yang turun kepada 19,807 berbanding 22,262 semalam.

Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan 5,379 kes berbanding 7,011 semalam manakala Sabah menduduki tempat kedua dengan 2,638 berbanding 2,651 semalam.

Beberapa negeri terus menunjukkan peningkatan seperti Kedah merekodkan 1,948 berbanding 1,880 semalam, Sarawak 1,772 (1,964), Pulau Pinang 1,501 (1,459), Johor 1,391 (1,558) dan Kelantan 1,196 (1,039).

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merekodkan 1,220 semalam, hari ini mencatatkan 999 kes, Perak 703 (946), Pahang 598 (664), Melaka 558 (882), Terengganu 534 (495) dan Negeri Sembilan 508 (405).

Perlis terus menambah kes harian kepada 54 berbanding  38 semalam sementara Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan  24 kes berbanding 41 semalam dan Labuan turun kepada empat kes berbanding sembilan semalam.

Related posts

Leave a Comment