Filipina catat 16,044 kes baharu

MANILA 22 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 16,044 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,839,635.

Setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 31,810 orang berikutan 215 lagi meninggal dunia.

Menurut DoH, sebanyak 13,952 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 1,681,925 atau 91.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 125,900 atau 6.8 peratus.

Related posts

Leave a Comment