Brunei lanjut tempoh kawalan

BANDAR SERI BEGAWAN 22 Ogos – Brunei Darussalam melanjutkan tempoh langkah-langkah pengawalan yang telah diperketatkan sehingga Sabtu, 4 September 2021.

Menteri Kesihatan, Dr. Awang Md. Isham Jaafar berkata, keputusan itu bagi menjunjung titah perkenan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah dengan mengambil kira situasi jangkitan yang masih belum stabil.

Pada 7 Ogos lalu, beliau mengumumkan langkah-langkah kawalan selama dua minggu sehingga 21 Ogos  berikutan pengesanan tujuh kes jangkitan tempatan.

Dr. Md Isham juga meminta orang ramai sama-sama bersatu dalam mengawal penularan jangkitan Covid-19.

Katanya, kerjasama semua pihak sangat-sangat diharapkan, khususnya bersabar dalam mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan, seperti ujian ‘swab’; vaksinasi Covid-19; dan Talian Kesihatan 148.

“Petugas-petugas barisan hadapan sedang mencuba sedaya upaya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin,” katanya sambil meminta orang ramai mematuhi segala arahan dan nasihat yang telah diberikan oleh pihak kerajaan.

Related posts

Leave a Comment