New Zealand jangka kes meningkat

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memberi amaran penularan virus Covid-19 dijangka meningkat dalam tempoh beberapa hari lagi selepas 21 kes direkodkan di negara itu pada Sabtu.

Pada masa yang sama, beliau meminta rakyat mematuhi peraturan sekatan dalam menghadapi jangkitan baharu dalam kalangan komuniti yang disahkan daripada varian Delta.

Setakat ini sejumlah 51 kes baharu dikaitkan dengan penularan tempatan dan 18 daripadanya dikesan di bandar terbesar Auckland sementara tiga di Wellington.

Ardern pada Jumaat mengumumkan lanjutan perintah sekatan hingga Selasa.

Penularan jangkitan ini dikaitkan dengan pengembara dari Sydney.

Negara dengan 5.1 juta penduduk itu bebas jangkitan Covid-19 sejak Februari, bagaimanapun perintah sekatan tiga hari diumumkan selepas kes pertama dilaporkan.

Sehingga kini New Zealand merekodkan 2,600 kes positif dengan 26 kematian.

Bagaimanapun, hanya 19 peratus daripada penduduknya lengkap divaksin, kadar terendah dalam kalangan negara kaya.

Setakat 19 Ogos, sebanyak 2.64 juta dos vaksin didaftarkan dan 963,219 orang telah mendapat vaksin sepenuhnya manakala 1.67 juta dos pertama.

Related posts

Leave a Comment