2 juta kes di AS, 113,700 maut

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dalam tempoh 24 jam sehingga pagi ini dengan catatan 7.44 juta kes dan 420,132 kematian.

Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) terus mendahului negara-negara lain dengan merekodkan 2,016,630 kes dan 113,700 kematian.

Ini diikuti Brazil yang mencatatkan 772,416 kes dan di kedudukan ketiga kematian iaitu 40,919 kes.

Rusia pula mencatatkan 501,800 kes diikuti lima negara yang merekodkan lebih 200,000 kes. United Kingdom (UK) mendahului dengan 292,854 diikuti India 286,577, Sepanyol 242,707,  Itali 236,142 dan Peru 214,788.

Lapan negara melebihi 100,000 kes iaitu Perancis dengan 192,493, Jerman 186,691, Iran 180,156, Turki 174,023, Chile 154,092, Mexico 129,184, Pakistan 119,536 dan Arab Saudi 116,021.

Sementara itu Kanada masih mendahului China dengan 98,964 kes berbanding 84,210 di China dan 78,052 di Bangladesh dan Qatar 75,071.

Bagi statistik kematian, United Kingdom merekodkan kes kematian kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif 41,364 kes diikuti Brazil 40,919,  Itali 34,167, Perancis 29,349 dan Sepanyol 27,136.

Negara-negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 10,000 kes.

Related posts

Leave a Comment