314 kes jangkitan baharu Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 22 Ogos – Brunei Darussalam sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi hari ini dengan 314 kes menjadikan jumlah keseluruhan 1,769, kata Menteri Kesihatan Dr. Mohammad Isham Jaafar.

Pada masa yang sama jumlah itu termasuk enam kes import serta empat kluster baharu direkodkan.

Bercakap pada sidang media situasi terkini jangkitan Covid-19, beliau menjelaskan jumlah kes hari ini termasuk 218 kes tertunggak manakala 96 kes lagi adalah hasil ujian yang direkodkan oleh Jabatan Perkhidmatan Makmal.

Katanya kluster aktif terus merekodkan kes tambahan didahului 34 kes Kluster Chung Hua KB ; 21 kes Kluster Imigresen; 17 kes Kluster Champion 7 – BT; 2 kes Kluster Champion 7–Platform; 14 kes Kluster BSP HQ  (Block M).

Sebanyak 12 kes Kluster Al-Falah/Freda-Radin; 10 kes Kluster ABCi ; 9 kes Kluster IBTE KB ; 9 kes Kluster The Mall ; 5 kes Kluster Total ; 3 kes Kluster SKH ; 2 kes Kluster 477 ; 1 kes Kluster Dragon Boat;  1 kes  Kluster 583 dan 1 kes Kluster  PA.

Empat kluster baharu direkodkan termasuk Kluster Samima yang mencatatkan 17 kes baharu yang ada kaitan dengan kes 1056 yang direkodkan pada 19 Ogos.

Kluster 1328 melibatkan lima kes baharu yang dikaitkan dengan kes 1328 yang direkodkan pada 20 Ogos.

Tiga lagi kes baharu dikaitkan dengan kes 650 yang direkodkan pada 15 Ogos dan dikenali sebagai Kluster Jaya Hypermart dan Kluster 362 melibatkan satu kes baharu dikaitkan dengan kes 362 yang direkodkan pada 8 Ogos dan kes 415 pada 10 Ogos 2021.

Enam kes import direkodkan hari ini, satu kes melibatkan ketibaan dari Thailand pada 9 Ogos melalui penerbangan Singapore Airlines SQ148 ; satu kes ketibaan dari Netherlands pada 9 Ogos melalui penerbangan Singapore Airlines.

Empat lagi kes import tiba di Brunei Darussalam pada 9 Ogos melalui Royal Brunei BI004 dari United Kingdom.

Dr. Mohammad Isham juga memaklumkan sebanyak 141 kes lagi belum diketahui sumber jangkitan.

Mengenai kes sembuh, 64 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 419 pesakit telah pulih.

Setakat ini terdapat 1,346 kes aktif dan daripada jumlah itu empat kes dalam keadaan kritikal, di mana tiga memerlukan bantuan pernafasan dan satu lagi memerlukan bantuan mesin tambahan heart / lung machine (ECMO).

Pada masa yang sama, 21 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif bagi pemantauan rapi.

Related posts

Leave a Comment