Penurunan kes di Arab Saudi

RIYADH 18 Ogos – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 546 kes hari ini berbanding 569 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 540,244. Lapan lagi kematian dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 540,244 orang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 794 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 525,559 orang, Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 159 kes diikuti Makkah 88, Timur 56 dan Jazan 46. Sebanyak 6,246 kes aktif dilaporkan di mana 1,273 dalam keadaan kritikal.

Read More

Kes harian tertinggi 22,242

PUTRAJAYA 18 Ogos – Kes harian Covid-19 sekali lagi merekodkan angka tertinggi sebanyak 22,242 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini meningkat kepada 1,466,512 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan angka Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan di negara ini sebanyak 254,484 kes. Sebanyak 1,060 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 540 kes daripadanya masih memerlukan alat bantuan pernafasan. Dr Noor Hisham berkata, 10,635 kes berada dalam kategori satu iaitu tidak mempunyai gejala dan daripada jumlah yang dinyatakan 84.2…

Read More

2,913 kluster sejak 28 Mac

PUTRAJAYA 18 Ogos – Sebanyak 2,913 kluster berjaya dikesan sejak 28 Mac, permulaan fasa kedua gelombang ketiga Covid-19 di negara ini Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,549 kluster atau 53.2 peratus adalah di tempat kerja, manakala 800 kluster lagi atau 30.2 peratus membabitkan kalangan komuniti. Daripada jumlah kluster komuniti dikesan itu, beliau berkata, ia sudah menjangkiti 58,776 individu iaitu 14 kes masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 417 kes kematian. Sehingga kini 439 kluster komuniti masih aktif dan berdasarkan negeri,…

Read More

Kes di Brunei Darussalam kini 946

BANDAR SERI BEGAWAN 18 Ogos – Brunei Darussalam merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 hari ini dengan mencatatkan 94 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 946 kes. Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar pada sidang media situasi terkini jangkitan Covid-19 petang ini memberitahu, satu kluster baharu juga dikesan. Kluster yang menambah kes harian adalah Kluster Champion 7 & Related Vessels Cluster (22), Kluster Chung Hua KB (16), Kluster BSP HQ Block M (8), Kluster Dragonboat (6), Kluster ABCi (2), Kluster IBTE KB (2), Kluster 477 (1), Kluster Imigresen (1), Kluster Aker (2) dan…

Read More

11,085 kes baharu di Filipina

MANILA 18 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 11,085 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah kumulatif meningkat kepada 1,776,495. Setakat pukul 4 petang, sebanyak 11,628 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,640,721 pesakit pulih atau 92.4 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu, 161 orang meninggal dunia akibat Covid-19 sekali gus meningkatkan jumlah kematian kepada 30,623 orang. Sebanyak 105,151 kes aktif dilaporkan atau 5.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

53 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 18 Ogos – Sebanyak 49 kes tempatan dan empat import jangkitan Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 66,334. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 23 daripada kes itu berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikenakan kuarantin. Tujuh lagi kes mempunyai kaitan dengan kes sebelumnya dan dikesan menerusi ujian pemantauan manakala 19 kes lagi tidak mempunyai hubung kait pada masa ini. Dalam kalangan kes hari ini terdapat seorang warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksinasi dan berisiko menghidap penyakit teruk. Sementara itu empat kes…

Read More

Thailand catat kematian tertinggi

BANGKOK 18 Ogos – Thailand merekodkan 312 kematian hari ini, yang tertinggi setakat ini mengatasi rekod terdahulu 239 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 8,285 orang meninggal dunia. Bagi kes jangkitan pula sebanyak 20,515 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 968,957 kes. Daripada 20,515 kes, 20,498 adalah kes tempatan dan 17 kes import. Sebanyak 22,682 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 753,119 orang. Bangkok antara yang mencatatkan kematian tertinggi dengan 78 kes sementara 70 lagi di wilayah sekitarnya iaitu Samut Prakan (25), Pathum Thani (18),…

Read More

Semua ahli Parlimen Pas calon Ismail

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Pas sebulat suara menyokong pencalonan Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri. Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata sokongan itu hadir daripada semua 18 Ahli Parlimen mereka. “Kita sokong sepenuhnya dan SD (akaun bersumpah) sudah siap untuk kita hantar (Istana Negara) petang ini. Kita sudah pun buat keputusan. “(Di peringkat) Pas tiada isu lagi, semua 18 (Ahli Parlimen) ‘solid’ kita beri sokongan (kepada Ismail Sabri),” katanya ditemui media di lobi Menara Dato Onn’ hari ini. Terdahulu, Tuan Ibrahim bersama pemimpin Pas…

Read More

GPS rahsiakan nama calon PM

KUCHING 18 Ogos – Gabungan Parti Sarawak (GPS) hanya mengemukakan satu nama yang disokong sebagai Perdana Menteri baharu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS, Abang Johari Tun Openg, berkata sokongan terhadap calon berkenaan dibuat secara sebulat suara oleh pemimpin GPS. Bagaimanapun,  beliau enggan mendedahkan siapa pilihan GPS ketika ditanya idenditi calon berkenaan. “Kami sudah mengemukakan nama kepada Istana Negara, tetapi saya tidak boleh mendedahkan siapa, saya tidak boleh mendahului Agong,” katanya selepas perjumpaan khas bersama Ahli Parlimen GPS di Kompleks…

Read More

Sembilan negeri catat 4 digit

PUTRAJAYA 18 Ogos – Sembilan negeri merekodkan angka empat digit bagi kes jangkitan harian Covid-19 yang dilaporkan hari ini dengan didahului Selangor yang merekodkan 6,858 berbanding 5,753 semalam. Wilayah Persekutuan Labuan yang sifar kes semalam merekodkan lima kes sementara Perlis menambah kes dari 37 semalam kepada 50 hari ini. Negeri yang mencatatkan empat digit adalah Sabah yang merekodkan 2,413, angka yang terus meningkat berbanding 2,103 semalam disusuli Pulau Pinang 1,867 (1,275), Kedah 1,852 (1,863), Kuala Lumpur 1,587 (1,765). Johor juga menunjukkan peningkatan kes harian dengan 1,477 (1,309), Sarawak 1,403 (835), …

Read More