53 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 18 Ogos – Sebanyak 49 kes tempatan dan empat import jangkitan Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 66,334.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 23 daripada kes itu berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikenakan kuarantin.

Tujuh lagi kes mempunyai kaitan dengan kes sebelumnya dan dikesan menerusi ujian pemantauan manakala 19 kes lagi tidak mempunyai hubung kait pada masa ini.

Dalam kalangan kes hari ini terdapat seorang warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksinasi dan berisiko menghidap penyakit teruk.

Sementara itu empat kes import dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Tiga daripada kes itu dikesan setibanya di sini manakala seorang lagi mengalami jangkitan ketika menjalani SHN atau pengasingan.

Related posts

Leave a Comment